Friday, February 11, 2011

D.O.A

 ya allah, ampunkan dosa dan kesilapan kami zahir dan batin...
ya allah, ampunkan dosa kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami, masyarakat islam
umat muslim dan muslimat yang masih hidup atau pun mati...
ya allah, kami pohonkan apa yg di pohonkan rasullullah saw dan memohon perlindungan
tentang apa yg di pohon pelindungan oleh rasullullah saw...
ya allah, kami pohonkan syurga tanpa hisab,berilah kekuatan taufik dan hidayah agar kami dpt melakukan semua perkara yg mendekatkan kami dgn mu.selamatkan kami dari sebab-sebab yg boleh membawa kami ke neraka...
ya allah, engkau sajalah yg mengetahui kelemahan kami zahir dan batin. baikilah diri kami. Tambahkan ilmu, iman dan amal. hidup dalam islam dan matilah dalam islam...
ya allah, kami pohonkan iman yg sempurna, ilmu yg menafaat, rezeki yg halal, anak yg soleh,
rumahtangga yg bahagia' . kurniakan usia yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berterusan, hutang yg terbayar, keselamatan dunia dan akhirat...
ya allah, engkau saja tahu apa di dalam hati kami, hidup dan sampaikan hati ini pada engkau,
sembuhlah segala penyakit yang ada di hati, selamatkan hati ini dari sifat keji dan
jauhilah perkara perkara yg boleh mematikan hati kami...
ya allah, jadilah hati kami hati yg sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan...
ya allah, jadi lah kami hamba yg mengabdikan diri kpd engkau dengan sebaik baiknya
melakukan segala perintahmu dan meninggalkan segala larangan mu...
ya allah, jadi hati kami, hati yg sentiasa menyedari masa depan kami di akhira, dan jadilah kami
hamba yg sentiasa bersedia menanti masa depan kami selepas mati...
ya allah, hidupkan lah kami dalam iman, dan matilah kami dalam iman. selamatlah kami dari
gangguan syaitan semasa sakaratul maut...
ya allah, selamatkan lah kami dalam kubur dan jadilah kuburkami sebahagian dari taman syurga.
selamatkan kami dari sengsara azab kubur. jauhilah kubur kami dari salah satu lubang neraka...
ya allah, selamatkan kami dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkan kami semasa di mahsyar
dan jadilah kami antara tujuh golongan yg mendpt bayangan naugan arasy mu...
ya allah, ampun kan dosa kami dan maafkan kami zahir dan batin. semasa kami di hisab, hisabkan lah kami dengan ringkas, berilah peluang kpd kami mendpt syafaat nabi muhammad saw...
ya allah, jadilah kami hamba yg berjaya dalam hidup dan mendapat suratan amal dari tangan kanan...
ya allah , berilah kami minum air kolam para nabi kami yakni dari kolam al kautsar...
ya allah, selamatkan kami semasa menyeberangi titi siratulmustaqim...
ya allah, masuki lah kami ke dalam syurga, bersama org org yg engkau redai...
ya, allah, perkenankan permohonan kami, mustajabkan doa kami dengan berkati junjungan kami
dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas...
 kek- -kek nie sume memang cantik untuk dipandang dan dimakan, tetapi banyak yang kite perlu fahami kerana cantik luaran sahaja tidak mencukupi disisi Allah, kite perlu cantik didalam...
renung-renungkan lah dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment