Monday, June 18, 2012

BICARA TENTANG SAHABAT

Berkawan biar seribu 
Berkasih hanya satu. 

Kawan ketawa senang dicari Kawan menangis bersama sukar dicari. 
Manusia tak akan dapat hidup sendirian, dalam keadaan apa sekalipun pasti memerlukan kawan. 
Sejak seusia satu tahun kanak-kanak sudah pandai mencari kawan, cuba perhatikan. 

Berkawan adalah fitrah semulajadi manusia, di sekolah, di kolej, diuniversiti ditempat kerja, kita mempunyai ramai kawan. Dikalangan kawan-kawan yang ramai, kita akan memilih untuk dijadikan sahabat, sahabat adalah kawan yang istimewa berbanding dengan kawan-kawan yang lain, dalam kehidupan kita, tak ramai yang bersahabat dengan kita, Cuma sekadar kawan sahaja. 

Sabda Nabi SAW “ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Kawan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya menjadi sahabat. Sahabat kita mestilah yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan. 

 Alqamal berpesan kepada puteranya dalam memilih sahabat...
1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungi mu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan mu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan daripadamu, ia akan mengahrgai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, iaakan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menhilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisihfaham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

RINDUNYE AKU KENANGAN BERSAMA INSAN YANG BERGELAR SAHABAT...

:) Smile Always