Saturday, August 6, 2011

KISAH BAIT RUMAH TANGGA YANG BARU BERSULAM CHENTA

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!! Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….

” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini: Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi
Love, Suamimu

:) Smile Always

Saturday, July 30, 2011

Jatuh Cinta Dgn Cameron Highlands

cantik sangat tempat nye... rase macam x nak balik plak mase dah ade kat sne tue... 
tapi, tmpat tumpah darah jugak yang lebih dikenang... :)
cinta aku tok CH x kan hilang, hope nanti boleh bawak family datang CH sbb tempat die mmg best walaupon amat memenatkan diriku yang terpakse duduk dalam bas selama 8 jam... 
 kat hentian tapah...
 kat BEE Farm... banyak Bee nye, besar, kecik, sederhana n sumenye best sangat...
 My Bff : My Classmate : My roomates :)
semua orang beli stoking... hehe... knape sbb kat sini x de tempat yang panas semuanye sejuk... agak tension la jugak sbb x biase la... maklum la x pernah menetap kat tmpat sejuk kan... :) 
 Sweater yang fotogenik... haha... terpakse pakai sbb sejuk sgt kat sini, pagi pulak tue... :) sayang lebih la kat sweater nie... huhu
 
 serasi bersame dalam gambar... :) thanks Dears
 with our beloved lecturers... hahaha, thanks sbb bawak kami semua jalan, tempat best plak tue... 
5 little messy girls with the best lecturers evers... :)




 pergi ladang BOH, best kat sini... pada peminat teh BOH, sy dah jumpe dah ladangnye, tapi kat mane eh, ladang LIPTON, TEH SABAH, haha, nyorok kot sbb x nak bagie orang jumpe... hehehe pape pon BOH memang best... :)



 dah sampai kat MARDI plak, kat sini ade banyak benda tp bagie aku, lanskap die memang best la, styles english die mmg gempak la... nak sgt pergi lagi... MAK jom la pergi sini...




 kat souvenier shop... haha
hadiah yang aku n hasrah hadiahkan kat semua orang yang pergi trip CH nie sebagai kenangan kat sini... semoga korang sume ingat tarikh  26 & 27 July 2011 nie sampai bebile...
CAMERON HIGHLANDS! kalau ada jodoh kita akan jumpe lagi...

:) Smile Always

Doa Buat Kekasih

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan…. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin 
 
:) Smile Always

Indahnya Aturan-Mu Ya Allah

"Ya Allah, aku tidak mampu."
Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.
Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.
Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?
Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.
Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.
Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS. 13:28]
Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.
Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.
Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.
Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.
Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA
Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.
Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya. Indahnya aturan-MU ya Allah.

:) Smile Always

Teka-Teki Imam Ghazali R.A

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
 Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
hayatilah ia agar menjadi pengajaran dalam hidup kite....

:) Smile Always

Don't You Dare To Do This

Ada seorang gadis memberikan cabaran kepada kekasih hatinya untuk tidak berjumpa dan untuk tidak berkomunikasi antara satu sama lain selama sehari.. Dia berkata kepada kekasihnya, "kalau awk boleh menerima cabaran ini, saya akan mencintai awk selamanya".. Si Jejaka pun setuju..dia tidak sms/telefon Si Gadis seharian..

Tetapi Si Jejaka tidak mengetahui bahawa kekasihnya itu hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana dia menghidap kanser..

Keesokan harinya Si Jejaka pergi ke rumah kekasihnya. Air matanya pun tiba-tiba menitis melihat kekasihnya sudah terbaring dengan surat di tangannya yang tertulis "Awk telah berjaya Sayang, bolehkah awk lakukan seperti ini setiap hari?? I LOVE YOU.."

"Don't Ever lost contact with someone you care, you'll never know what's gonna happen the next day, or the day after that. Even a single "Assalamualaikum", "hi" or a "good morning" before you know that someone is no longer there...." 

:) Smile Always

Saturday, July 9, 2011

BANJIR MASE CUTI RAYE CINE

Mase baru mula2 nak banjir 





 KESIAN... hilux baru beli masuk air & then x leh tarik naik bukit... sedih kot... baru je 2 ari kluar kedai... hehehe... tue la sape suruh blagak sangat...
 kat pusat banjir yang penoh sesak n then ok la kat sini ... x macam mase tahun 2006 dulu... lagie bersih n x de lalat langsung...
 huhu... barang2 n elektronik yang berjaya di selamatkan

Selepas Banjir yang separuh surut... huhu, penat seh kemas umah... poning pale den...
 kawasan luar rumah aku yang penuh dgn lumpur2 kotor n pape je lagie...
 kawasan hall depan rumah aku yang memang asalnye x de barabg langsung skunk dah penuh dgn barang... hehehe

 kawasan ruang tamu rumah aku yang sebelum banjir amat kemas skunk dah macan tonkang pecah dah... pening pale aku pikir macam ne nak kemas... ????
 bilik mak aku yang abis sume almari dah terbalik dah... mak aku cakap, angin pusaran air banjir tue kuat and deras sbb tue la barang sume terbalik2....





 abis tempat cut(landak) aku... rosak semua... 
selepas banjir... siap kemas sikit la sbb aku dah nak naik kuliah balik...
pinggan mangkuk yang telah siap dibasuh yg dibantu oleh beberape anak2 haluan... thanks Beb...


 mak aku yang memang suka membasuh... pintu pon kne basuh jugak sbb dah penuh dgn lumpur...
 nie je la alas tempat tydo aku dengan adik2 aku sepanjang beberape hari sbb tilam kami yang amat tebal dah penuh dengan air banjir n kene dibasuh berulang kali supaye x de bau banjir...
 baju2 nie je la yang mampu kami bawa kesana kemari untuk menampung kehidupan kami selama seminggu... taim nie la terase nikmat ada baju n makanan tue bermakna sangat... Thank You Allah
 dapur umah aku yang ala kadar je lepas banjir... memang sume barang yang untuk dimasak aku sendiri yang dah buang sbb takut nanti datang pulak penyakit dikemudian hari sbb kite x tahu penyakit ape yang banjir tue bawak skali....
 karung hitam yang penuh dengan macam2 barang yang aku dah siap kemas sebelum banjir lagi sbb t mesti penat sangat kalau barang2 nie pon kene banjir...
 hall umah aku yang dijadikan tempat2 simpan barang sementare... serabut gak la aku tengok...

barang2 yang dekat luar rumah yang belum dikenmas lagie dan mengambil mase selame bernminggu2 untuk dikemaskan...
 kawasan balkoni umah yang penuh dgn pelbagai jenis tilam, tv n banyak barang2 lain lagie...
 barang2 yang telah dibuang... mengunungnya memang nampak kecik tapi sebenarnya besar sangat dan banyak sangat barang2 yang kami kena buang... sedih2... :(
 kat tmpat park kete yang banyak sgt banyak barang n lame sangat amik mase nak kemas...

 fuhhhhh... adik aku yang memang x buat keje langsung tapi die la yang paling lame tido, tapi senang sikit keje aku mase diorang tido, x de la nak mengacau orang je kejenye, x pon kang x buat keje lain dah sbb nak mencari diorang plak tah kemane2... penat ye dik!!!
 ABU!!!! huhu, kecik lagie taim nie, baru first taim pijak tanah sbb sebelum banjir die duk dalam sangkar je... pastu mase banjir tengah teruk die aku lepaskan supaye t mase kami kat pusat banjir die tahu cari makan sendiri... tp nasib baik ko tahu balik umah lepas banjir surut... sayang ABU <3
 CUT... huhhhh, bekerut muke makan limau sbb taim tue x de roti dgn susu la, kat kedai x de stok la... cut aku nie special sikit sbb die x tau makan benda lain selain roti, susu dgn epal je... cian die kene duduk dalam sangkar kecik je selame beberape minggu la gak sbb tmpat die dah habis dimusnahkan banjir la....
pape pon aku bersyukur sangat sbb kami semua selamat... so semua orang harus lah sentiase bersyukur dengan segala nikmat yang kite ade sbb rezeki semua orang tue adalah berlainan dan suatu musibah itu tidak akan diberikan kepada hambaNya jika hambanya x mampu menaganinye...

:) Smile Always