Saturday, October 13, 2012

I'm Being a Models

 model jakel.... haha... mcm x percaya plak kan... aku boleh jadi model.... haha...
 nie mase pergi edar pamplete kat kolej komuniti 2...
 nie kat uitm segamat dihatiku...



 nie plak syafikah... comelkan die... hehe... ramai peminat tau...
 nie plak fitri n daus... dua2 sweet talker... haha... aku paling rapat gan mereka la...
nie pon waktu kat kolej komuniti 2... yang pergi, aku, daus, hana,fitri, fatin....
fun gile sbb dapat lepak kat luar... x yah masuk kedai... hehe... staff lain sume jelouse tgk kami leh kluar masuk kedai... nie la kehebatan seorng insan bergelar STUDENT...
 
sepanjang aku bekerja di jakel nie... byk yg aku dapat... kasih sayang... bos yg baik n good looking guy... supervisor yg peramah... ilmu perniagaan yg dapat aku timba semasa belajar di sana... walaupon sekejap tapi nikmat bersama yg kami lalui akan sentiase bermain di minda aku sampai ke akhir nanti...
 
:) Smile Always...

part time job

 nie uniform aku mse keje kat Jakel Trading...
 nie plak ima n feena ... diorang  nie aku kenal mse kat uitm... hehe...
 yg sebelah feena nie namenye zati... aku la yg kene cover line mse diorng amek pic nie... kang kantoi plak x letak phone kat counter...
nie plak kat stor bawah tanah mse buat tender kain pandu puteri ... byk gile... 3 hari siap kan benda nie... pic nie en. mahdar yg amek... hehe... rindu plak...
 
:) Smile Always...

German Deli Imbiss

 3 orang makan je... boleh tahan jugak la harga die... poning pale nk membayarnye...
 besarkan hot dog die... penat n puas laa makan...
burger die plak lagi besar... sebesar pinggan normal size... kalah burger bakar...
ade lagie satu kteowg order... chiken chop... ayam die pon ade la besar pinggan jugak...
 
:) Smile Always...

Monday, June 18, 2012

BICARA TENTANG SAHABAT

Berkawan biar seribu 
Berkasih hanya satu. 

Kawan ketawa senang dicari Kawan menangis bersama sukar dicari. 
Manusia tak akan dapat hidup sendirian, dalam keadaan apa sekalipun pasti memerlukan kawan. 
Sejak seusia satu tahun kanak-kanak sudah pandai mencari kawan, cuba perhatikan. 

Berkawan adalah fitrah semulajadi manusia, di sekolah, di kolej, diuniversiti ditempat kerja, kita mempunyai ramai kawan. Dikalangan kawan-kawan yang ramai, kita akan memilih untuk dijadikan sahabat, sahabat adalah kawan yang istimewa berbanding dengan kawan-kawan yang lain, dalam kehidupan kita, tak ramai yang bersahabat dengan kita, Cuma sekadar kawan sahaja. 

Sabda Nabi SAW “ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Kawan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya menjadi sahabat. Sahabat kita mestilah yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan. 

 Alqamal berpesan kepada puteranya dalam memilih sahabat...
1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungi mu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan mu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan daripadamu, ia akan mengahrgai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, iaakan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menhilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisihfaham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

RINDUNYE AKU KENANGAN BERSAMA INSAN YANG BERGELAR SAHABAT...

:) Smile Always

Wednesday, March 7, 2012

Dea Dhia Birth Day Celebration

 nie sume tok dhiah... haha... tp picture owang nye x de la, sbb sume free hair laaaa... huhu

sepanjang diploma nie, x penah skali pon hari lahir die kne taim kuliah so, last sem nie kene pulak, pe lagie, gile sakan la aku kene kan die... haha... syok

:) Smile Always

Sunday, March 4, 2012

Perlukah Aku khawin

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

:) Smile Always

Apa alasan Engkau

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. Dah Jumpa Pasangan, Harus Dicepatkan Kahwin (Hadith)
2. Nak Jaga Mata, Hati Dan Kemaluan
3. Nak Ikut Sunnah, Kahwin, Ajal Bila2 Masa Sahaja
4. Nak Ada Zuriat Yg Dapat Bahagia Dan Doakan Kami, Mati Bila2 Masa Aje
5. Dapat Beribadat Dengan Pahala Yang Berganda Bila Sudah Punya Isteri, Sedangkan Memandangnya Sahaja Sudah Perolehi Pahala
6. Dapat Merasa Tanggungjawab Sebagai Suami Dan Menjadi Seorang Yg Lebih Berfikir Lebih Matang Serta Bijaksana Bagaimana Nak Menyara Keluarga
7. Nak Ambil Amanah Ibu Dan Ayahnya Dan Jaganya Serta Didiknya Dengan Kehidupan Agama
8. Saya Sayang Dan Cintakan Anak Pakcik ♥
Wallahua'lam ^_^'

:) Smile Always