Thursday, January 27, 2011

Kemenangan (",)

SEORANG YANG SOLEH
Beraninya mengatasi seorang pahlawan,
Cintanya bukan hanya pada gambaran,
Rindunya bukan terpamer pada pertemuan,
Tetapi dihatinya tersirat dengan keimanan dan takwa,
Jika dia diam, maka diamnya adalah yang menyenangkan,
Jika dia senyum, senyumamnya pasti membahagiakan insan itu,
Jika…, jika… dan jika…,
Semuakan tetang dia pasti akan membuatkan kita selesa,
Itulah dia insan yang mempunyai akhlak yang terpuji,
Ukhwah itu amat sukar untuk ditafsirkan,
Hargailah insan yang berada disisimu,
Dan kadang-kadang, insan yang kita sayang merupakan orang yang paling sukar untuk kita sayangi…

Aku sentiase mencintai sahabatku dengan sepenuh hati, sahabat yang baik adalah sahabat yang akan seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup mahukan sudah mati, aku juga mudah untuk menghulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan, kerana itu akan membuatkan aku merasa senang dan genbira, semakin ramai sahabat, semakin bertanbahlah keyakinan pada diriku , aku juga selalu berharap agar mendapat sahabat sejati yang tidak akan luntur baiknya dalam suka dan duka bersama, jika aku mendapatnya, tidak akan pernah aku mensia-siakannya,
- Imam Syafie –

Pasal DiriKu RasaNya

Mungkin dah ditakdirkan sifatku begini, ada yang baek dan ada juga yang nakal2 cikit... hehehe
tanggal kelahiran aku pada
7 / 10 / 1991 @ Al-Ithnayn, 28, RabiulAwal, 1412 
Seseorang yang suka berbual ( Pasti )
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun ( aku pon x tau )
Kecantikan luar & dalam ( maybe )
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati & baik
Mementingkan kawan
Sentiasa Mencari kawan ( Pasti )
Hatinya mudah terusik tapi rajuknya tidak lama
Cepat marah ( Suara Saya Memang Besar )
Macam pentingkan diri
Tidak akan menolong kecuali diminta
Suka melihat dari perspektif sendiri
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan
Amat pandai bercakap ( Selalu Membebel )
Emosinya selalu kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat
Suka melancong
Minat sastera dan seni
pengasih , penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan ( belum pernah bercinta )
Mudah terusik hati & cemburu ( Kuat Tacing )
Ambil berat tentang orang lain
Amat suka akan budak-budak ( Budak-Budak kan chumel )
Suka kegiatan luar
orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah juga patah semangat

Ini adalah ape yang Fadilah kamsah cakap pasal diri aku
 Hanya Yang Mengenali Diriku Dapat Mengenal Pasti Bahawa Fakta Nie Tepat @ Tidak...

CINTA KITA

Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan...

Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu...

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu...
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita...

Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu...

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga...
Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta...

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya...

Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi...

Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok...

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan...

Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir...

Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia...

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat...

Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta...

NASIHAT PERCUMA : HARGAILAH APA YANG DAH JADI MILIK MU...

Dear Buddiess

SARANGHAEYO
Semua Yang Amat Aku Sayang Ada Di Sini...
Memory bersama dengan korang tak akan pernah padam dalam diri aku...
Nie Adalah Buddies Yang Selalu Mewarnai Kehidupan hidup aku...
Good Luck For Everything That You Will Done in Your Life...
Stolling The Mereng...
Mane tak nye, setiap kali stolling mesti melambak GAMBAR yang keluar & bukannye PELUH...
Tapi kami berEMPAT memang suke strolling yang macam nie, walaupon x pernah dibuat owang... 
Masa macam nie je lah dapat menghirup udara segar dalam UiTM, kalo tak terperuk je lah dalam bilik kat KOLEJ SEMPANA ALAM BUANA tue je... 
Pape pon Aku Memang Sayang kat korang sume...

Kegilaan ( Kepuasan Diri )

Membuat Pelbagai Jenis Kek yang Membuatkan Makan Sekali Nak Makan Lagi...

Kek Pelangi...
kek yang paling disukai oleh mak aku...
sanggup die kuar pergi kedai masa hujan naik motor hanye untuk beli barang nak buat kek pelangi...
 Scary Cakes
Kek Coklat Bakar...
kek yang nie pulak adik aku Aisyah suke makan...
mase buat kek nie, kene jage suhu betul-betul sebab warnanye yang hitam menyukarkan untuk mengenal pasti sama ada dah HANGUS @ tak... hehehehe
Kek Span Vanila
kek nie tak susah nak masak sebab die jenis yang tak amik mase yang lame untuk siap...
SEDAP tau ( Jiran kite yang kate ) ...
Kelembutanye amat dirasai oleh orang yang tidak mempunyai GIGI...
Kek Coklat Kukus
bagi sesiape yang suke sangat makan coklat, mesti korang suke makan kek nie sebab dalam pembuatan kek nie, ia memerlukan banyak koko...
Kek Vanila Coklat Rice
kek nie boleh la tahan sedapnye walaupun yana boleh dimakan hanya setelah dibuat kali kedua... hehe, mase first time buat kek nie, habis hangus semua skali, sampaikan memang dah tak boleh dimakan langsung... tapi tak pe percubaan kedua membuahkan hasil... yahooo

RESEPI ISTIMEWA : Disediakan Dengan Penuh Keikhlasan...
            

Love Always Remains Forevers

 
From the moment i saw you,
i wanted to meet you...
from the moment i meet you,
i wanted to know you...
from the moment i know you,
i was in love with you...
from the moment i loved you,
i wanted to share my life with you...
and from that moment to this moment,
and for all the moment to come,
i will loved you with
all of my heart...
the best and most beautiful
things in the world,
cannot be seen or even touched,
they must be fell  with the heart...
loves always remains forever!!!

Sehati Sejiwa

 SUATU KENANGAN
Berarak mendung awannya kelabu
Menambah resah luka dihatiku
Kesepian malam seakan mengerti
Cinta yang dalam kehampaan
Mungkin kau dan aku terlalu berbeza
Cintamu dihati hanya sandiwara
Kata dan janjimu mudah kau persia
Dibalik senyum aku sengsara
Pernah jua aku nan mencuba
Melupakan kenangan kita bersama
Namun aku tiada terdaya
Melontarmu dari ingatanku
Makin lama makin ku mencuba
Semakin rindu datang nan melanda
Kasihmu ke mana hilang arahnya
Kini cinta..cinta lumpuh dan tak bermaya
Berikanlah aku kepastian
Agar dapat ku teruskan perjalanan
Kepada Mu Tuhan aku harapkan
Berikanlah aku kekuatan 

YA ALLAH, JIKA BENAR ADA JODOH KAMI, SATUKANLAH HATI KAMI & JIKA BENAR ANTARA KAMI TIADA JODOH, TABAHKANLAH HATI KAMI...

MeMoRiesSsSss

Bahagianye rase hati nie dapat membahagiakan & mengembirakan hati semua teman-teman... Dengan macan nie je, aku dapat tunjukan kasih sayang aku... Bestnye aku rase... Semoga rakan-rakan aku akan menghargainye & dapat jage ia dengan baik... Walaupun Harganye tak seberape pun, Aku tak rase rugi pon spent some money untuk kengkawan aku...Bagi yang tak dapat pulak, jangan la iri ati pulak sebab kalau ada rezeki korang sume, nanti dapatlah dari aku... 
Nasihat aku, kawan memang boleh jadi lawan satu hari nanti, dan aku akuinye benda tue dah terjadi kat aku, tapi kawan lah yang paling memahami diri kita , keluarga kite pun tidak memahami kita seperti kawan-kawan kite memahami kite... Cube bayangkan, dalam tempoh 24 jam, lebih 18 jam kite bersame kawan, selebihnye kita akn bahagikan untuk pekare-pekare lain... So renungkanlah & Hargailah Sahabat @ kengkawan yang korang masih ada...

Tuesday, January 18, 2011

Karya Tidak Seberapa Aku "Suite 6019"

Hakim tiba di The Putri Pacific, Johor Bahru tepat jam satu setengah pagi. Memandu sendiri dari Penang ke Johor menyebabkan badannya terasa sangat penat sekali. Pada mulanya, Hakim bercadang untuk menaiki kapal terbang seperti selalu. Tambahan pula arahan mengejut ayahnya itu sampai ke pengetahuannya sudah agak lewat. Namun, entah mengapa cadangannya itu ditegah kuat oleh ayahnya. Maka terpaksalah dirinya memandu seorang diri juga.
Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu utama, Hakim terus memberhentikan keretanya lalu menyerahkan kunci kereta kepada jookey yang bertugas. Dengan langkah yang longlai Hakim menuju ke meja pendaftaran bagi mengambil kunci bilik. Mujur sahaja segala urusan pendaftaran bilik telah dilakukan oleh ayahnya. Entah apa agenda ayahnya sehingga beriya-iya menyuruhnya datang ke Johor Bharu hari ini. Secara mengejut pula tu. Katanya lagi semuanya sudah sedia. Dirinya hanya perlu mengikuti jadual yang telah disusun untuknya. Ada individu yang telah ditugaskan untuk menguruskan jadualnya di sana. Untuk melihat projek tapak masjid katanya. Pelik juga rasa hatinya. Sejak bila Rahaman Logistic and Transportation Holdings terlibat dengan projek pembinaan? Masjid pula tu?
Setelah menyebut namanya, akhirnya kunci bilik bertukar tangan. Hakim melihat nombor yang terdapat pada kad yang berada ditangannya. Suite 6019. Sebaik sahaja tiba di dalam lif, tangannya pantas menekan butang bernombor enam. Keluar sahaja daripada lif, langkah kakinya laju sahaja menuju ke bilik yang tertulis 'Suite 6019' pada pintunya. Pintu bilik dibuka. Tanpa membuka sebarang lampu, dengan hanya bertemankan cahaya samar biasan dari celahan pintu bilik air, Hakim membuka baju dan tinggal hanya berseluar pendek. Lalu dia terus hilang disebalik gebar yang tebal.Dendangan lagu nasyid yang semakin kuat telah mengganggu lenanya.
"Argghh!! Mana pula datangnya lagu nasyid pagi-pagi buta ni..!!"' marah Hakim kerana lena nyenyaknya terganggu. Tangannya yang enak memeluk sesuatu dikalihkan. Lingkaran tangan di pinggangnya juga dilepaskan. Tiba-tiba Hakim terfikir sesuatu. Eh, aku peluk apa tu, dan siapa pula peluk aku? Bantal ke? Kenapa rasa macam orang je, tak pun, hantu.. kalau tidak takkan dia boleh peluk aku.., Hakim berkira-kira sendiri. Ish.. seram pula rasa. Dengan perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja Hakim membuka mata, dia dapat melihat wajah seorang wanita yang tidak sampai sejengkal jarak wajah mereka.
Dalam masa yang sama, tanpa diduga, wanita tersebut juga membuka matanya. Buntang mata keduanya melihat satu sama lain. Mereka sama-sama terjerit seraya bingkas mereka duduk. Kedua-duanya pantas menarik selimut. Hakim dapat melihat wanita tersebut cuba menutupi lurah di dadanya yang mengkal akibat leher baju berbentuk-v yang agak besar. Hakim sendiri pula ingin menutup dadanya yang terdedah. Mereka terlalu taksub menarik selimut hingga ke dada tanpa menyedari selimut di bahagian kaki semakin tiada.
"Aaaah!!", jerit wanita itu lagi apabila melihat bulu-bulu di kaki Hakim. Wa.. Aku pakai seluar pendek je semalam. Lupa. Suara jeritan wanita itu terasa membingit ditelinganya. Pantas mulut wanita itu ditekup.
"Shh..!! Bisinglah..", marah Hakim.
"Apa kau buat kat sini?", tanya perempuan itu sebaik sahaja Hakim melepaskan mulutnya. Wajah wanita itu kelihatan bingung.
"Aku yang patut tanya kau, apa yang kau buat kat dalam bilik aku ni? Macam mana kau boleh masuk?", soalan wanita itu dibalas dengan soalan juga oleh Hakim.
"Eh, apa pula bilik kau. Ini bilik aku lah..!!", jawab wanita itu tegas.

"Bilik aku..", kata Hakim pula. Pantas tangannya mengambil kad yang diberikan oleh pekerja hotel kepadanya awal pagi tadi. Wanita itu menelek sebentar kad yang berada di tangan hakim. 'Suite 6019'. Wanita itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Eh, betullah ni bilik Suite 6019. Tapi macam mana pula boleh sama dengan nombor bilik aku. Takkanlah..? Secara tiba-tiba Fazureen bingkas seraya pergi ke meja solek untuk mengambil kunci biliknya pula. Ingin melihat, siapa yang salah sebenarnya. Fazureen bangun sambil menarik selimutnya bersama. Bimbang lelaki yang tidak dikenali dihadapannya ini melihatnya dalam gaun tidur yang sangat jarang itu. Hiss..!! Seksi..
Setelah kunci biliknya dicapai, Fazureen melangkah kembali ke arah lelaki itu. Sekali lagi Fazureen terjerit apabila melihat lelaki itu yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu. Wanita tersebut terus berselubung dalam selimut. Menutupi seratus peratus tubuhnya. Dah macam kura-kura, rupanya..
Hakim yang terkejut dengan jeritan wanita itu buat sekian kalinya, baru tersedar akan keadaan dirinya.Pantas dia terjun ke atas lantai sambil merangkak ke bahagian penyidai untuk mencapai tuala yang tersidai. Selepas mengikat tuala tersebut dengan kemas dipinggangnya, barulah Hakim mendekati wanita tersebut.
"Dah ke..?", tanya wanita itu perlahan.
"Dah.."
"Eh, tu tuala aku lah..!", tegur wanita itu sebaik sahaja mengalihkan selimut dimukanya.
"Habis.. kau nak aku londeh kat sini ke?", tanya Hakim sinis. Hal tuala pun sibuk nak berkira, getus hati Hakim. Eh, aku pun ada tuala la..!
"Err.. tak pe.. tak pe.. kau pakai je..", gelabah Fazureen mendengarkan kata-kata lelaki tersebut.
"Hah.. mana kunci engkau..?", tanya Hakim untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa banyak soal, wanita tersebut menyerahkan kunci padanya. Hah? 'Suite 6019' juga??!

Ketukan dipintu yang bertalu-talu telah menggandakan rasa terkejut di dada Hakim. Namun, rasa terkejut itu ibarat telah dikuasatigakan apabila insan-insan yang berada di hadapan pintu itu mendakwa mereka daripada Pejabat Agama, Johor Bahru.
"Ah.. sudah..", kata hati Hakim.

*******************************************************

"Apa yang kau dah buat ni, Hakim?", tanya Encik Rahaman, papa kepada Hakim. Buntang mata Hakim tatkala dia disergah begitu sebaik sahaja dia tiba di suatu bilik yang terdapat di Pejabat Agama tersebut.
"Cepatnya papa sampai ke sini, naik private jet ke?", sempat lagi Hakim hendak berculacon. Sengihan kelat pula sengaja ditayangkan buat ayahnya. Jegilan mata papanya cuba tidak diendahkannya. Tidak mahu suasana disitu makin tegang. Mata Hakim sempat mengerling pada seorang lagi lelaki yang seusia ayahnya yang turut berada disitu. Ayah wanita ini barangkali, telahnya.
"So, macam mana ni Bang Aji", tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu kepada pegawai yang 'mencekup' mereka tadi.
"Melihatkan kepada keadaan mereka berdua ni semasa diserbu, rasanya lebih baik mereka ini dinikahkan"
"Apa nikah?!!", jerit wanita itu. Terkejut Hakim dibuatnya. Kuat menjerit betullah dia ni, kutuk Hakim di dalam hati.
"Reen.. kamu diam..!!", marah lelaki itu lagi.
"Tak naklah papa.. Reen tak salah. Pihak hotel yang salah. Diorang kasi kunci bilik yang sama kat kita orang. Lepas tu kita orang pulak tak perasan. Semuanya ni salah faham je, papa, pak cik.. tok aji lebai..", bangkang wanita itu selamba sambil tangannya membetul-betulkan rambutnya yang serabai. Isk.. rimas aku..
"Hah.. kamu Hakim, tak mahu cakap apa-apa?!", tanya papa sinis.
"Nak cakap apa? Betullah apa yang perempuan ni cakap..", jawab Hakim acuh tak acuh. Wah!! Memang selamba habis mereka berdua nih..
"Hmm.. kalau macam tu kita nikahkan sajalah budak berdua nih!! Konon-kononnya tak kenal.. Pihak hotel salah bagi kunci bilik… Tapi belum apa-apa jawapannya sudah sepakat. Kalau macam tu kita berbesan ajelah, Encik Fauzi..", terbeliak mata dan terlopong mulut Hakim dan Fazureen mendengarkan usul Encik Rahaman itu. Biar betul? Ingat berjaya bela diri tadi.. Rupa-rupanya kantoi juga. Isk..
"Yelah. Nampak gayanya itulah yang terbaik buat masa sekarang nih. Kalau macam tu, saya minta pernikahannya dibuat dua hari dari sekarang boleh, Pak Aji? Sebab saya ingat nak suruh budak berdua ni ambil kursus kahwin dulu hari ni. Esok pula, kita buat persediaan apa yang patut. Walaupun, perkahwinan ini sebab tangkap basah. Tapi saya nak juga meraikannya. Almaklumlah, Reen ni anak tunggal saya…", balas Encik Fauzi panjang lebar. Pegawai yang digelar Pak Aji itu pula hanya mengangguk kepala tanda bersetuju dengan usul yang diberikan oleh papa Fazureen tadi.
"Yelah..", kata Encik Rahaman tanda memberikan persetujuan sambil menepuk bahu Encik Fauzi. Mereka ketawa dan terus berlalu meninggalkan Fazureen dan Hakim yang terpinga-pinga. Wah!! Gembiranya mereka nak dapat menantu..

*******************************************************

"Woi.. kau tak bosan ke?", tanya Hakim. Sudah lebih enam jam mereka dikurung bersama di dalam bilik itu bagi menghadiri kursus perkhawinan. Awal pagi tadi, setelah bapa masing-masing telah mengambil kata sepakat untuk menikahkan mereka, mereka hanya diberikan satu jam untuk membersihkan diri, bersiap dan bersolat. Setelah itu mereka terus kembali dikurung di dalam bilik ini. Sekarang mereka sedang menantikan juadah makanan tengah hari mereka tiba.
"Bosanlah.. tak fasal-fasal hari ni satu hari kena dengar ceramah..", rungut Fazureen pula. Adeh.. lusa dah nak kena kawin dengan mamat ni..
"Weh.. kau kerja apa? Kau ada planning ke nak buat apa lepas ni?", tanya Fazureen pula.
"Perlu ke kau tau aku kerja apa? Kenapa kau nak tau apa planning aku, kau nak ajak aku pergi dating ke?", tanya Hakim dengan wajah yang sangat kerek. Nyampah pula Fazureen melihatnya. Satu cebikkan diberikan kepada Hakim.
"Hek eleh.. Perasan la kau ni. Mesti la aku kena tau kau kerja apa. Naya la aku kalau kahwin dengan perompak ke ape..?", balas Fazureen selamba.
"Hoi..! Aku sikit punya hensem cenggini ko cakap aku ni penyamun… Kureng asam boi betullah kau nih..!! Hmm.. fasal apa kita nak buat lepas ni malam nanti aku fikirkan. Malam nikah kita aku bagi tau kau..", kata Hakim pula. Fazureen pula hanya mengangguk kepala. Malas untuk memanjangkan bicara.

*******************************************************

"Aku terima nikahnya Fazureen binti Fauzi dengan mas kahwinnya sebanyak seratus dua puluh ringgit, tunai..", dengan sekali lafaz sahaja Hakim dan Fazureen kini sudah bergelar suami-isteri. Fuhh!! Hakim menarik nafas lega. Selesai juga semuanya akhirnya. Mujur juga nama si Fazureen itu pendek saja. Kalau tidak mahu terbelit lidahnya.

*********************************************************

"So, apa perancangan kau?", tanya Fazureen sebaik sahaja Hakim melangkah masuk ke dalam bilik mereka setelah penat melayan tetamu-tetamu yang hadir pada kenduri pernikahan mereka.
Kenduri pada malam ini hanyalah kenduri kecil-kecilan sahaja. Majlis resepsinya hanya akan diadakan dua bulan dari sekarang. Kata mama, bagi peluang untuk mereka berdua saling bermesraan dahulu. Huh!! Bermesraan..
"Sabarlah, bagi la aku duduk dulu. Kau ni gelojoh betullah..", balas Hakim pula seraya melabuhkan punggungnya di atas katil yang berhias indah. Isk.. perempuan nih.. tak menyempat-nyempat.
"Kau nak bilik asing ke?", Hakim memulakan bicara.
"Kalau kau tak kisah..", jawab Fazureen ringkas. Hmm.. best jugak kalau boleh dapat bilik asing. Selamat sikit aku, kata hati Fazureen sambil ketawa kecil.
"Hm.. aku ok je. Tapi kita tetap akan tunaikan tanggung jawab kita sebagai suami isteri. Ni kiranya sebagai syarat ajelah. Syarat bagi lepas tanggung jawab kau dengan aku. Ok?", Hakim menyambung bicara.
"Maksud kau?"
"Macam ni.. Dalam kursus semalam ada cakapkan, tanggungjawab suami adalah untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. So, kita buat apa yang wajib je sebagai syarat tak senget bahu aku kat akhirat nanti", terang Hakim panjang lebar.
"Maksudnya, kau nak suruh aku tidur dengan kau ke?", tanya Fazureen pula. Cuba mendapat kepastian tentang maksud ayat Hakim tadi.
"A'ah, tapi sebagai cukup syarat je.."
"Aku tak faham.. Macam mana pula tu?", tanya Fazureen sambil menggaru lehernya yang tiba-tiba terasa gatal.
"Macam ni.. hmm.. hari ni hari ape..?", isk.. ada kaitan ke dengan hari rancangan dia ni, rungut Fazureen dalam hati.
"Rabu..", jawab Fazureen ringkas. Hari pun tak tahu.
"Ok.. Gini.. Setiap hari rabu kau akan tidur dengan aku sebagai syarat untuk melepaskan tanggungjawab aku pada kau. Zahir dan batin. Duit sara hidup aku bagi kau dua ribu sebulan. Kira tu untuk tanggungan perbelanjaan rumahlah. Hari-hari lain kita boleh buat aktiviti sendiri.. ", terang Hakim pada Fazureen akan rancangannya.
Fazureen pula kelihatan seperti terkulat-kulat cuba untuk mencerna apa yang telah diterangkannya tadi. Logik ke?
"Hah.. ada lagi.. Dalam sebulan kau kena tidur dengan aku sekurang-kurangnya empat kali..", tambah Hakim lagi.
"Eh.. mana boleh macam tu. Dalam sebulan paling tidak aku seminggu datang bulan. Mana boleh tidur dengan kau waktu tu..", sanggah Fazureen pula. Boleh ke kita orang buat macam ni..
"So, aku akan bagi nafkah untuk ko bagi minggu yang ko uzur tu secara in-advace lah. Harinya biar aku saja yang pilih. Kalau aku suruh kau takut kau segan pulak nanti. Hmm.. sama gak kalau ada minggu yang aku kena pergi outstation. Semuanya akan kita selesaikan secara in-advance. Tapi kalau tak dapat jugak kira aku berhutang la dengan kau. Hmm.. macam mana.. setuju?", tanya Hakim lagi bagi mendapatkan persetujuan daripada Fazureen.
"Perlu ke kita buat macam tu? Kalau kita buat bodoh je and hidup sendiri-sendiri tak boleh ke?"
"Masalahnya tanggungjawab tu wajib. Kau nak ke tanggung dosa free macam tu? Tak nak aku.. Dah la aku cakap kat papa yang aku dah bertaubat. Sekali kau pulak nak ajak aku buat dosa. Kau nak tanggung dosa tu kat akhirat nanti?", tanya Hakim lagi. Fazureen hanya menggeleng.
"Hah..!! Dah tu tunggu apa lagi. Jomlah.."
"Sekarang ke?"
"Yelah.. hari ni kan hari Rabu", kata Hakim sambil meraih tangan Fazureen sebelum lampu bilik mereka dipadamkan.

**********************************************************

Sebulan telah berlalu…
"Weh.. minggu depan aku outstation seminggu. So, malam ni 'hari rabu'. Ko jangan balik lambat pulak..", pesan Hakim ringkas sebelum meletakkan telefon.
Fazureen menepuk dahinya tatkala mendengarkan pesanan dari Hakimi melalui peti simpanan suara telefon bimbitnya. Adeh!! Malam ni 'hari rabu ' la pulak.. Aku baru planning nak pergi enjoy dengan Sarah. Pantas diari dihadapannya dibuka dan ditandanya pangkah pada tarikh hari ini. Entah mengapa Fazureen akan menanda pada diarinya setiap kali 'hari rabu' menjelma.

Tiga bulan kemudian…
"Reen, hari ni kita duduk kat rumah sajalah ye. 'Hari rabu' in-advance. Esok aku ada kerja nak buat..", Fazureen menggaru kepalanya. Pelik. Rasa seperti ada yang tidak kena. Serasa seperti kerap benar 'hari rabu' menjelma. Pantas diarinya dibuka. Silang pangkah yang berada di dalam bahagian planner di dalam diari tersebut dikiranya. Dua puluh lima silang pangkah. Eh.. Jap.. Macam mana boleh sampai dua puluh lima kali silang pangkah ni? Dalam empat bulan bukan ke hanya ada lebih kurang enam belas kali hari Rabu? Masakan pula 'hari rabu' mereka mencecah dua puluh lima kali??

******************************************************

"Weh.. Aku nak tanya sikit..", kata Fazureen pada suatu malam ketika dia berada di bilik Hakim.
"Hmm.. apa?", Hakim menoleh sambil melihat wajah Fazureen. Cuba untuk memberikan perhatian kepada apa yang bakal Fazureen tanyakan. Renungan lembut dari matanya menyapa wajah bersih dihadapannya.
Fazureen mengambil diari yang berada di atas meja solek, lalu diunjukkan kepada Hakim.
"Kau buka dan kiralah..", kata Fazureen pula. Hakim membuka diari tersebut lalu diselaknya helaian muka surat yang berada di dalam diari itu. Setelah menyelak beberapa muka surat, Hakim memandang wajah Fazureen sambil mengangkat kening. Sebagai maksud – Nak suruh kira apa?.
"Kiralah silang pangkah yang ada dalam tu..", jawab Fazureen seakan dapat memahami pertanyaan bisu Hakim tadi.
"Berapa?", tanya Fazureen setelah beberapa ketika Hakim mendiamkan diri.
"Dua puluh lima..", jawab Hakim acuh tak acuh. Keningnya dikerutkan. Tidak faham apa maksud tanda silang pangkah itu.
"Silang pangkah ni untuk apa?", terpacul jua soalan yang berlegar dibenaknya.
"Hari rabu", jawab Fazureen ringkas.
"Adeh.. kantoi.. Maksudnya kau memang tanda setiap kali 'hari rabu' kita?", tanya Hakim sambil menepuk dahinya. Sengihan kerang busuk pula terselit dibibirnya. Fazureen tidak faham maksud kantoi Hakim itu, tetapi kepalanya mengiyakan pertanyaan Hakim.
"Jadi kau dah sedarlah ya..", tanya Hakim lagi.
"Apa maksud kau?", tanya Fazureen sambil mengerutkan dahi.
"Bilangan 'hari rabu' kita.. lebih daripada sepatutnya.."
"Macam mana boleh jadi macam tu?", sungguh Fazureen tidak faham.
"Reen.. aku sayang kau lah ngok..!! Sebab tu aku saja cakap ada kerja la itu ini.. Kau tak perasan ke, sejak kita kahwin mana pernah aku pergi outstation lagi…?", tanya Hakim sambil tersengih. Lega hatinya kerana dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya sejak selepas dua minggu pernikahan mereka. Entah mengapa hatinya terpaut pada Fazureen, isterinya.
"Ya Allah.. terkena aku..", kata Fazureen sambil menggosok kepalanya tanda tidak percaya. Dia tertipu selama ini. Isk.. aku ni..
"Sebenarnya aku plan nak bagi tau perkara ni bila kau pragnent nanti. Sebab tu banyak sangat 'hari rabu' kita. Hehe.. Aku risau kalau aku bagi tau awal-awal kau nak lari pulak dari aku. Atleast kalau dah ada baby kau memang confirm tak boleh lari..", wah..!! licik betul perancangan si Hakim ni. Macam tak percaya Fazureen mendengarnya.
"Sejak bila kau mula suka aku?"
"Entah.. Dua minggu lepas kita nikah kot..", jawab Hakim sambil angkat bahu.
"Kalau macam tu aku pun ada benda nak bagi tahu ni..", Hakim mengangkat keningnya sambil tersenyum.
"Aku pregnant.."
"Hah.. Yuhuuuuuuuuuuu!!", kata Hakim sambil terloncat gembira. Jadi juga planning aku akhirnya.. Yaaaahooooooo….!!! Fazureen pula hanya tersenyum melihat telatah suaminya…

**********************************************************

"Papa.. mama.. kita orang ada news nak bagi tahu..", kata Hakim kepada ibu bapa dan mertuanya. Sengaja dia mengajak mereka semua makan malam di restoran pada malam itu. Jari jemari Fazureen digenggamnya erat dibawah meja.
"Papa.. mama semua bakal dapat cucu..", kata Hakim lagi. Fazureen pula tertunduk malu.
"Yes..!! Menjadi juga planning kita..", kata Encik Rahaman kepada Encik Fauzi sambil membuat high-five.
"Hah..!! Planning..", bulat mata Hakim dan Fazureen. Rupanya kejadian tangkap basah itu semua adalah rancangan ayah mereka bersama.
"Cis..!! Terkena lagi aku..", kata Fazureen tiba-tiba.
Pecah tawa mereka semua yang berada di meja itu. Suara yang paling kuat sudah semestinyalah Hakim sendiri. Faham akan maksud Fazureen itu. Merintik merah muka Fazureen diketawakan oleh ibu bapa dan mertuanya.
"Reen..", Fazureen menoleh pada Hakim.
"I love you so much. Thank you..", ucap Hakim dalam nada yang
cukup romantis. Mata mereka juga turut beradu. Dan hati mereka juga turut menyanyikan lagu yang sama – Aku cinta padamu.

**********************************************************

"Abang..!!" jerit Fazureen dari dalam bilik. Terkocoh-kocoh Hakim berlari masuk ke dalam bilik. Hampir ketawa Fazureen melihat keadaan suaminya, dengan apron yang terikat dipinggang dan tangan yang tersarung sarung tangan ovennya. Tangan kanan memegang sudip dan tangan kiri pula memegang tudung periuk.
"Kenapa?" tanya Hakim bersama sedikit mengah.
"Rin nak muntah.." jawab Fazureen perlahan.
Bulat mata Hakim mendengar kata-kata Fazureen. "Lagi?" Fazureen menganggukkan kepalanya. Seingat Hakim, untuk pagi ini saja sudah hampir dua belas kali Fazureen muntah. Sampai lembik jadinya isterinya itu. Hakim menggeleng tak percaya.
"Betul ke? Ada lagi ke isi yang nak dimuntahkannya tu?" Hakim cuba mencari jawapan yang lebih pasti. Rasa seperti tidak dapat diterima oleh akalnya. Pagi tadi Fazureen hanya menjamah sekeping roti bersama segelas susu. Masakan dengan makanan yang sebanyak itu, Fazureen mampu untuk muntah sebanyak dua belas kali? Sungguh tak masuk dek akal.
"Abang..!! Cepatlah, Rin nak muntahlah.." marah Fazureen tiba-tiba. Rasanya sudah tidak mampu untuk dia menahan rasa loya namun suaminya itu banyak pula soalnya..
"Oh.. ya.. ya.." kelam-kabut Hakim mendekati Fazureen dan cuba untuk memapahnya ke bilik air. Tetapi, entah mengapa serasa seperti kekok dan payah benar untuk Hakim mencari posisi yang betul untuk memapah Fazureen. Seperti ada yang tidak kena.
"Abang.. kalau ya pun, letak la dulu sudip dengan tudung periuk tu. Abang nak bawak ke mana?" tegur Fazureen pula.
Opss!! Hakim hanya tersengih. Pantas dia meletakkan sudip dan tudung periuk ditangannya. Kemudian, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cover malu sebenarnya.
"Abang.. nak muntah dah ni.." jerit Fazureen bersama muka yang berkerut-kerut. Dengan rasa yang tidak keruan, Hakim cuba mencempung badan Fazureen. Belum separuh badan Fazureen diangkat, muntah Fazureen sudah pun selambak keluar. Habis baju dan apron Hakim.
"Opss!!", kata Fazureen sambil tersengih.
"Alamak, apron abang. Ni last yang tinggal la sayang.." rungut Hakim perlahan sambil tersenyum sumbing. Sebelum ini sudah sepuluh apron Hakim yang terpaksa direndam. Semuanya gara-gara terkena muntah Fazureen. Perlahan-lahan Fazureen diletakkannya kembali ke katil. Kemudian, Hakim turut melabuhkan punggungnya ke katil.
"Abang.." panggil Fazureen.
"Ape?" jawab Hakim acuh tak acuh. Hakim masih lagi sibuk membersihkan muntah Fazureen yang terlekat pada apronnya.
"Tadi abang tengah masak ya?" tanya Fazureen lagi.
"Yelah, habis abang nak buat apa lagi dengan pakai macam ni?" jawab Hakim lagi.
"Abang masak apa?" Hakim mengerutkan dahi. Banyak pula soalan Fazureen hari ini. Selalunya Fazureen jarang bertanya, dia makan sahaja apa yang disediakan Hakim untuknya.
"Goreng ikan keli.." balas Hakim ringkas.
"Oh, sebab tulah siap dengan tudung periuk semua ya, buat perisai sebab ikan tu meletup eh?" balas Fazureen pula sambil ketawa-ketawa. Hakim hanya menayang muka tak puas hati kerana ditertawakan oleh isterinya.
"Abang dah tutup api ke belum? Sebab Rin bau macam ada benda hangit je ni.." bagai disengat tebuan, Hakim berdiri.
"Alamak, ikan aku..!!", jerit Hakim sebelum terkocoh-kocoh dia berlari ke dapur untuk melihat ikannya yang hangus rentung. Alamatnya, makan nasi bungkus lagi la hari ni, kata Hakim di dalam hati.Fazureen hanya ketawa melihat telatah suaminya sambil menggelengkan kepala.

*********************************************************

TUJUH BULAN KEMUDIAN

"Abang.." panggil Fazureen suatu malam. Hakim masih lagi pulas lena dipembaringannya.
"Abang.." panggil Fazureen sekali lagi sambil menggoyangkan sedikit badan suaminya. Hakim tersedar. Dia membuka mata sedikit dan menghadiahkan senyuman buat Fazureen sebelum memejamkan matanya kembali.
"Abang.." jerit Fazureen sedikit kuat.
"Apa?" jawab Hakim antara sedar tak sedar.
"Perut Rin sakit.." adu Fazureen sambil menyeringai. Menahan rasa sakit yang mula menyucuk-nyucuk di bawah ari-ari dan dipinggangnya.
"Hmm.. Rin nak berak ke?" tanya Hakim yang masih lagi mengantuk. "Kalau Rin nak berak, pergilah tandas.." tambah Hakim lagi.
"Bukanlah abang, Rin rasa macam baby ni dah nak keluar je," balas Fazureen pula dalam nafas yang tersekat-sekat.
"Baby nak keluar? Nak keluar ke mana pulak malam-malam ni, Rin?", balas Hakim lagi yang ternyata masih lagi mamai. Tidak sedar dengan apa yang dituturkannya. Penat menguruskan hal-hal pejabat dan menguruskan rumah tangganya masih lagi terasa.
"Abang, baby dah nak keluar la..!!" jerit Fazureen sambil mencubit lengan suaminya. Tidak tahan dengan rasa sakit yang semakin kerap terasa serta geram apabila sedar dia berborak dengan suaminya yang sedang mamai.
Jeritan Fazureen yang kuat dan cubitan Fazureen yang terasa berbisa dilengannya telah membuatkan rasa mengantuk Hakim hilang begitu saja. Segar dan bulat matanya memandang Fazureen. Malah rasa terkejutnya menjadi berganda apabila melihat wajah Fazureen yang sudah mula basah dengan air mata.
"Abang, sakit.."
Hah, sakit?! Pantas Hakim bangun, membuka lampu bilik tidur mereka. Beg pakaian Fazureen beserta bakul barang-barang bayi yang terletak ditepi almari dicapainya. Kunci kereta yang tersangkut di dinding disambarnya sebelum dia berlari bergegas masuk ke dalam kereta dan lantas enjin kereta dihidupkannya.
Fazureen tercengang melihatkan suaminya yang bergegas turun tanpa membawa dirinya bersama.
Belum sempat handbrake dilepaskan, barulah Hakim perasan rupanya Fazureen belum dibawanya. Hakim menepuk dahinya sekali. Allah.. itulah selalu waktu dia buat rehearsal…˜Pelan Kecemasan Bersalin… tak pula dia praktis untuk membawa Fazureen, selalunya dia berlatih untuk mencapai barang-barang keperluan Rin saja. Terkocoh-kocoh Hakim kembali berlari naik ke bilik untuk mendapatkan Fazureen.
"Sorry Rin, abang lupa.." ucap Hakim sambil tersengih. Lantas badan Fazureen diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta.
"Abang, sakit bang.." rintih Fazureen bersama-sama air mata yang menderu mengalir dipipinya.
"Sabar, yang.." hanya itu balas Hakim disepanjang perjalanan mereka. Hatinya cuak apabila mendengar rintihan Fazureen bersama linangan air mata. Ditambah pula dengan keadaan yang mengeliat ke kiri dan ke kanan kesakitan. Semuanya membuatkan hati Hakim menjadi tidak keruan. Pedal minyak ditekannya sekuat hati dan akhirnya mereka tiba di hospital berdekatan.
Setibanya di hospital, Hakim berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk wad kecemasan. Hakim turun dan pantas berlari membuka pintu untuk Fazureen. Kelihatan seorang petugas wad kecemasan berlari mendekati mereka sambil menyorongkan kerusi roda. Dengan berhati-hati mereka mengangkat Fazureen dan meletakkannya di atas kerusi roda. Lalu, Fazureen terus dibawa ke bilik bersalin.

*******************************************************

Sepuluh minit sudah berlalu. Hakim mundar-mandir dihadapan pintu bilik bersalin. Rasa hatinya bercampur-campur disaat itu. Ada runsing, risau, teruja, bahagia dan sebagainya. Tiba-tiba Hakim baru teringat bahawa ibu bapa serta mertuanya masih lagi belum dimaklumkan mengenai Fazureen, pantas jari-jemarinya menekan punat-punat telefon bimbitnya untuk mengkhabarkan khabar gembira tetapi cemas itu.
Sedang Hakim cemas sendirian, tiba-tiba pintu bilik bersalin tersebut terbuka. Kelihatan seorang nurse keluar dan mendekatinya.
"Encik ni suami Puan Fazureen?" tanya nurse tersebut.
"Ya.. jawab Hakim bersama debaran dihati. Bimbang ada berita yang kurang enak yang bakal disampaikan kepadanya.
"Puan Fazureen panggil encik masuk," kata nurse itu lagi sambil tersenyum. "Marilah.." ucap nurse itu lagi sebelum mempersilakan Hakim masuk. Dengan perasaan yang berbaur-baur, Hakim menurut setiap jejak nurse tersebut.
Sebaik sahaja tiba di dalam bilik bersalin tersebut, kelihatan Fazureen yang sedang berbaring di sebuah katil. Terdapat beberapa orang nurse dan seorang doktor yang sedang menemani isterinya itu. Fazureen yang perasan akan kelibatnya lantas menghulurkan tangan kepadanya. Pantas Hakim menyambut huluran tangan Fazureen. Wajah Fazureen yang jelas menunjukkan riak perit akibat menanggung kesakitan, benar-benar menusuk hatinya.
"Sabar Rin.."
Aaaahhh!! Jerit Fazureen tiba-tiba. Pegangan tangan Fazureen ditangan Hakim menjadi semakin erat.Dumm!! Hakim tumbang. Tercengang seketika insan-insan yang berada di dalam bilik bersalin tersebut. Dalam menyerigai sakit, Fazureen ketawa.

**********************************************************

Sinaran cahaya yang terang terasa seakan-akan menyucuk-nyucuk matanya. Perlahan-lahan Hakim membuka matanya. Samar-samar kelihatan ibu bapa serta mertuanya yang sedang berkerumun di katil. Hakim cuba mengingati apa yang berlaku tadi. Rin?! Bingkas Hakim bangun dari pembaringannya.
"Dah bangun kamu Hakim?" tegur Encik Fauzi tatkala menyedari menantunya itu sudah sedar dari pitamnya. Teguran Encik Fauzi telah menyebabkan empat pasang mata yang lain turut tersorot ke arah Hakim.
Hakim tidak mengendahkan pandangan mata ibu bapa serta mertuanya tetapi terus dia melangkah mendekati Fazureen yang sedang menyusukan anaknya.
"Rin.." ucap Hakim perlahan. Wajah keletihan Fazureen direnungnya penuh simpati. Tangan Fazureen dicapainya dan dicium sekali, lama. Fazureen tersenyum ke arah suaminya.
"Rin, lepas ni abang tak nak baby lagi.." ucap Hakim tiba-tiba. Pecah tawa mereka di situ. Fazureen pula hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Ternyata Hakim serik..

TERNYATA CINTA ITU TIDAK MENGENAL SIAPA??? DAN SAAT KITA KENAL ERTI CINTA HATI TIDAK AKAN MAMPU MENOLAKNYA…

Monday, January 17, 2011

"SOMETHING FROM MY HEART"

I’ve been awake for a while now
you’ve got me feeling like a child now
because every time I see your bubbly face
I get the tingles in a silly place
It starts in my toes
and I crinkle my nose
where ever it goes I always know
that you make me smile
please stay for a while now
just take your time
where ever you go
The rain is falling on my window pane
but we are hiding in a safer place
under the covers stay in safe and warm
you give me feelings that I adore
What am I gonna to say
when you make me feel this way
It starts in my toes
makes me crinkle my nose
where ever it goes
I always know
that you make me smile
please stay for a while now
just take your time
where ever you go
I’ve been asleep for a while now
you tucked me in just like a child now
Cause every time you hold me in your arms
I’m comfortable enough to feel your warm
Cause you make me smile
Baby just take your time
holding me tight
Where ever, where ever, where ever you go
Where ever, where ever, where ever you go…..
Take time to realize
That your warmth is crashing down on in
Take time to realize that I am on your side
Didn’t I tell you
But I can’t spell it out for you
No, it’s never gonna be that simple
If you just realize what I just realized
Then we’d be perfect for each other and we’ll never find another
Just realize what I just realized
We’d never have to wonder if we missed out on each other now
Just realize what I just realized
We’d never have to wonder if we missed out on each other
But, it’s not all the same, no, it’s never the same
Then we’d be perfect for each other and we’ll never find another
Just realize what I just realized
We’d never have to wonder
Always missed you, now and Forever…

Sunday, January 16, 2011

My Siblings

Salam... My dear Blog...
i want to story about my beloved siblings and my moms....
                                  pic nie time tour gie melake.... taim nak masok zoo lah nak ujan... lebat plak tue, t laen kali kite g lagie eh....
           Nie lah adik aku yang last skali, dah macam Perdana Menteri dah rupe adik aku nie, 
             nie baru darjah satu, entah2 ble dah besar nanti die betol2 jadi PM... hehehe
Ini pula adik aku yang skarang nie tengah blajar dekat matrik tangkak amik Sains Tulen, Nie gambar sekitar umah kiteowang kat Kampung Tengah, Segamat, Johor...
ni lah adik lelaki aku yang memang sangat mengilai motor... pantang tengok motor lawa sikit mule lah nak ubah suai motor Kriss cabuk die tue... hehehe... aku harap SPM yang die bakal amik taun nie mendapat keputusan yang tebih cemerlang daripada kakak die yang berdua nie.... Gud Luck 
aku sayang sangat dekat adik aku yang berdua nie... LOVE you very much... adik aku yang syidin tue an die x pernah lokek dengan kakak die yang Aisyah tue , tp kalo gan kakak @ abang die yang lain, memang x dapat lansung lah kan, tp x pe aku gembire je... HOPE korang can SMILE Always....


memang susah nak bergambar dengan mak aku yang sowang nie, kene pujuk dulu baru lah nak diambil gambarnye, orang hot stuff la kate kan.... hehehe...tapi x pe, Kaklong tetap sayang mak sentiase, Hope No Tears Comes Around You... Aku akan cube sedaye aku untuk membahagiakan hidup mak sentiase....